Alumni SMSS

MEMERLUKAN RM 2 JUTA BAGI TUJUAN PEMBINAAN SURAU JUMAAT DI SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." –– Surah Ali ‘Imran, ayat 92

Link Bayaran


Latar Belakang

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) merupakan antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sains terawal dibina di Malaysia pada tahun 1973. Sehingga kini, SMSS masih tiada bangunan surau khas untuk menampung kegunaan 600 orang murid putera dan puteri serta guru-guru. Hanya ruang aras bawah sebuah blok asrama dijadikan surau untuk kegiatan ibadah dan kerohanian murid.

Justeru itu, pihak pentadbir SMSS telah mengusulkan kepada Persatuan Alumni SMSS agar membantu mereka untuk membina sebuah bangunan surau yang baharu. Pihak Pentadbir SMSS juga bercadang untuk menjadikan bangunan surau baharu ini sebagai Surau Jumaat yang akan dibuka juga kepada sebahagian Jemaah dari sekolah-sekolah asrama yang bersebelahan, dan juga orang awam untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat dengan kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ketika ini, para murid SMSS terpaksa menaiki bas yang disewa khas untuk bersolat Jumaat di Masjid Saidina Osman, Bandar Tun Razak. Ini memerlukan peruntukan dan juga mengundang isu keselamatan serta pembaziran masa.


Link Bayaran


Bank Transfer


Maklumat Berkaitan Surau

Persatuan Alumni SMSS bersama dengan Pihak Pentadbir SMSS dan juga PIBG SMSS akan menjalankan Projek Pembinaan Surau Jumaat Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur. Surau yang akan dibina bakal memuatkan sejumlah 700 orang Jemaah pada satu-satu masa. Projek ini dianggarkan bernilai RM2 juta dan dijangka siap pada tahun 2023 sempena ulangtahun ke-50 penubuhan SMSS.


Berapa jumlah sumbangan yang diperlukan?

Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah RM 2 juta yang meliputi kos perunding, pembinaan, hiasan dalaman, sistem siar umum, dan juga kelengkapan surau.

Pihak JAWI telahpun memberi lanjutan kebenaran untuk kutipan dana selama 1 tahun lagi, sehingga 30 Jun 2023. (No Rujukan: JAWI.K.400-5/1 Jld.19 (24)).

No Rujukan: JAWI.K.400-5/1 Jld.19 (24)

Bagaimana anda boleh membantu?

Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan menyumbangkan derma, Persatuan Alumni SMSS telah menyediakan platform e-derma melalui Toyyibpay. Sumbangan boleh dilakukan secara terus dengan menekan pautan di bawah ataupun mengimbas QR Code.


Link Bayaran


Bank Transfer


Maklumat Organisasi

Nama :

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Selangor

No Pendaftaran :

PPM-009-14-23041999

E-mel :

Alamat :

Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56100, KL


Akhir Kata

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan diberkati Allah SWT serta dikurnia sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" –– Surah Al Baqarah : 261

Kongsi Bersama Rakan

Terima kasih atas sumbangan tuan/puan & bantu kami sebarkan maklumat ini.